Saturday

Salam Aidiladha Kepada Semua Umat Islam

Salam. Saya mewakili warga Muhammad Farm ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslim am-nya dan kepada semua penternak-penternak khas-nya. Semoga perniagaan kita bertambah maju dan sentiasa dirahmati oleh ALLAH. Moga ternakan kita sihat dan dihindari dari segala masalah. Amin.

Pada raya qurban tahun ini, kami belum lagi menyediakan kambing untuk tujuan qurban mahupun aqeqah. Kami berharap, pada tahun hadapan dapat-lah kami berkongsi kegembiraan menjalani ibadat qurban dan aqeqah bersama semua umat Islam.

Thursday

merry; anak kambing kami


Salam. Saya mewakili warga Muhammad Farm ingin memohon maaf atas kelewatan meng'upload' gambar anak kami. Dengan ini, saya akan meng'upload' gambar anak kami. Selamat melayan :D



Ini dia Merry, anak kepada J-Lo. Dah 2 bulan umur dia. Comel tak?

Friday

anak sulung muhammad farm

Alhamdulillah, pada 25hb september jam 1:50 ptg, telah lahir seekor bayi dari seekor kambing kami dengan selamat. Anak kepada J-Lo kambing anglo kami bewarna 'teh ais', sangat comel. Gambar beliau akan diupdate kemudian :)

Sunday

Masalah


Masalah. Bila masuk tajuk ni semua orang tak mahu dengar, tak suka, tak kurang yang mengeluh. Bagi penternak, masalah tu dijadikan semangat. Ada juga yang patah semangat. Masalah pula terbahagi banyak. Ada masalah dari kambing, dari ladang, kandang, makanan, anak baru lahir, ubat-ubatan, haiwan merbahaya dan lain-lain. 

Di Muhammad Farm, kami mempunyai masalah makanan. Pada awalnya, kambing diberi makan silage dan seminggu sekali diberi dedak. Tetapi, baru-baru ini, pembekal silage memberitahu bahawa silage jagung dari mereka kehabisan. Aduh~ Kandang kami tidaklah besar, ruang luar kandang pun sempit. Ini lebih merumitkan kerana kambing hanya bergantung kepada silage tersebut. Nak buat silage sendiri? Chopper sahaja sudah menjangkau RM5k. Semua tenaga kerja dan shareholder dalam kebingungan. Sekarang, kambing diberi dedak sahaja setiap hari.

InsyaAllah, saya akan usahakan pembuatan silage tersebut. Rakan-rakan, doakan saya dan seluruh warga Muhammad Farm...

Kambing di Muhammad Farm


Inilah kambing-kambing kami.

a) Rocky - Jamnapari

b) Jue - Kacukan Burma

c) Manja - Boer kacuk Katjang

d) J-Lo - Anglo Nubian

e) Lilly - Anglo Nubian

f) Rico - Anglo kacuk Saenen

g) Gina - Kacukan Burma

h) Angie - Anglo Nubian


Friday

Juling a.k.a Jue


Salam. Ini ada gambar kambing dari kami. Yang berbulu gelap ni nama dia Jue.Betina,kambing kacuk dari Burma. Jue ni agak takut dengan orang. Mungkin beliau ada sejarah silam dengan makhluk yang bernama manusia kot. Dia tengah bunting, tapi tak sarat lagi. Susu gantung beliau pun belum tegang. Yang tergantung tu garam jilat,untuk dijilat waktu boring. :)

Thursday

Pemberitahuan

Salam. Sebelum ini kami beroperasi di muhammadfarm.wordpress.com tetapi telah berpidah ke sini atas sebab-sebab yang tak dapat dielak.

Di harap, industri penternakan dan pertanian negara semakin meningkat dan berdaya maju.

MAHA 2008

Salam. Saya teringin nak p MAHA 2008. Oleh kerana tahun-tahun lepas dah melepas, tahun ni saya tak mau terlepas lagi. hekhek. Saya maybe akan ke sana 22hb ni. Mintak-mintak la banyak lagi show-show kambing kat sana. Teringin nak p jumpa old timer kambing kat Malaysia ni macam Abg Bob, Abg Mizi dan lain-lain. Kalau ada kesempatan boleh ‘gebang’ lama dengan mereka. :)

Kambing kat Muhammad Farm makin sihat dan berselera makan sekarang. Saya pun senang hati. Lepas raya nanti nak p Kulim, ada kawan boleh ajar nak buat baja kompos tahi kambing. Harap-harap dapat belajar lagi benda baru. :)

Friday

Makanan

Kambing di Muhammad Farm akan diberi makan silaj/silage pada setiap hari. Disulam dengan daun-daun hijau yang tumbuh disekitar kandang seperti daun kelapa, daun mangga, daun lengkuas bara, daun tebu dan semuanya hanya serba sedikit. Sumber silaj dari JB Berkat yang kerap dibeli setiap minggu adalah makanan ruji bagi kambing kami. Kambing-kambing kami amat berselera dengan silaj jagung. Kadang kala, pelet kacang soya diberi untuk memberi sumber protien tambahan pada kambing ternakan kami. Saya masih tidak berpuas hati pada palung makanan. Ia terlalu kecil dan mudah tercabut pangkalnya. Munkin kerana saya terlupa untuk lekatkan ia dengan gam terlebih dahulu. Saya akan baiki ia nanti. Selamat malam kambing-kambingku…..

Thursday

Bunting.Bersalin.Besarkan

Assalamualaikum. Kami sekarang masih menunggu kambing anglo kami yang sarat mengandung melahirkan anaknya. Tak sabar pulak rasa hati kami. Kami harap anak yang keluar nanti sihat dan cepat membesar. Kambing anglo ni nama dia J-Lo. Dia agak pemalu, susah nak dekat. Tambah pulak tengah sarat. Petang tadi kami sudah siap sedia menutup lubang-lubang kecik di bilik wad bersalin. Takut-takut anak jatuh ke bawah nanti. Maklumlah, anak sulung kami :D Tadi petang jugak, sempat kami melawat kandang rakan penternaik dekat-dekat sini sahaja. Dia ada bagi petua tentang kambing bersalin. Katanya kalau keluar waktu siang sebelum asar, anak betina. Pukul 8 malam dan ke atas kemungkinan besar anak jantan. Beliau sempat lagi menakutkan saya dengan berkata “jaga-jaga, kalau anak besar, mati ibu dengan anak sekali”. Risau jugak saya sebab kambing beliau benar-benar sudah mati, bangkai pun masih di atas kandang. Sedih saya tengok. Saya harap, kambing kami tak ada yang jadi macam kambing beliau. amin.

Wednesday

Jaguh


Ini lah jaguh Muhammad Farm. Nama dia Rocky. Rocky ni jinak, senang nak dekat dengan dia. Umur baru 1tahun 6bulan. Jenis Jamnapari. Berat lebih kurang 55kg. Rocky ni Pn.Hamizah yang bagi nama. Dia sayang sangat kat si Rocky ni. Dia selalu pesan, “bagi Rocky makan lebih”. Tapi yang lain pun aku bagi makan lebih. :) Ada lagi seekor kambing jantan, tapi muda lagi. Tak boleh mengawan lagi. Nama dia Rambo. Umur dalam 6bulan. Berat 28kg. Kambing-kambing di Muhammad Farm diberi silaj jagung, dedak dan rumput. Alhamdulillah buat masa ini, semuanya sihat. Ada 3ekor kambing dah bunting. InsyaAllah tak lama lagi dapat lah kami sambut ahli baru dalam keluarga Muhammad Farm. :)

Friday

mulanya sebuah penternakan

Sebenarnya, perancangan awal kami nak menternak lembu daging. Memandangkan ruang tanah yang agak padat dan terhad, kambing dijadika altenetifnya. Pada mulanya, kami memang zero pasal kambing ni. Setelah banyak membaca, melawat kandang-kandang di sekitar negeri Kedah kami pun mula membuat kandang kambing pertama kami. Ia berada di atas tanah lot yang beralamat no.150 Lebuhraya Sultan Abd Halim, Alor Star Kedah.

Kandang kami siap pada bulan Mei 2008. Tetapi, kambing-kambing baru saja masuk ke kandang pada 9 Julai 2008. Pada awalnya hanya 3 ekor kambing (anglo, jamna cross). Pada 19 Julai, lagi 5 ekor kambing di bawa masuk. Kini baru 8 ekor didalam kandang.

Bos kami, Muhammad Illia’azar dan Hamizah isterinya amat berminat dengan kambing. Pengurus kandang Kalsom Ramly juga sangat gemar dengan kambing. Muhammad Faris adik kepada Bos juga turut serta dalam projek ini, beliau baru berusia 14 tahun. Semoga kambing-kambing kami sentiasa sihat. Amin.