Wednesday

Salam Bahagia


Salam. Lama sungguh tak update blog ni. Agak sibuk kebelakangan ini. Kali ni menulis sekadar meng'update' blog ja. Ada juga gambar baru dari farm. Sudah 3bulan usia anak kambing kami ni. Cukup bulan ni boleh lah cerai susu dengan ibunya. Cepat betul masa berlalu.
3 ekor kambing kami sekarang sedang sarat. Harapan kami ingin mendapat lebih banyak zuriat yang sihat dan dapat membantu kami mengembangkan ladang kami.

Saya mengambil kesempatan ini menyeru rakan-rakan sekalian, supaya memboikot rejim zionis dan sekutu mereka amerika dengan tidak membeli ataupun berurusan dengan barangan keluaran mereka. Moga Allah selamatkan saudara-saudara kita di Palestin. Amin...

Saturday

Salam Aidiladha Kepada Semua Umat Islam

Salam. Saya mewakili warga Muhammad Farm ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslim am-nya dan kepada semua penternak-penternak khas-nya. Semoga perniagaan kita bertambah maju dan sentiasa dirahmati oleh ALLAH. Moga ternakan kita sihat dan dihindari dari segala masalah. Amin.

Pada raya qurban tahun ini, kami belum lagi menyediakan kambing untuk tujuan qurban mahupun aqeqah. Kami berharap, pada tahun hadapan dapat-lah kami berkongsi kegembiraan menjalani ibadat qurban dan aqeqah bersama semua umat Islam.

Thursday

merry; anak kambing kami


Salam. Saya mewakili warga Muhammad Farm ingin memohon maaf atas kelewatan meng'upload' gambar anak kami. Dengan ini, saya akan meng'upload' gambar anak kami. Selamat melayan :D



Ini dia Merry, anak kepada J-Lo. Dah 2 bulan umur dia. Comel tak?

Friday

anak sulung muhammad farm

Alhamdulillah, pada 25hb september jam 1:50 ptg, telah lahir seekor bayi dari seekor kambing kami dengan selamat. Anak kepada J-Lo kambing anglo kami bewarna 'teh ais', sangat comel. Gambar beliau akan diupdate kemudian :)

Sunday

Masalah


Masalah. Bila masuk tajuk ni semua orang tak mahu dengar, tak suka, tak kurang yang mengeluh. Bagi penternak, masalah tu dijadikan semangat. Ada juga yang patah semangat. Masalah pula terbahagi banyak. Ada masalah dari kambing, dari ladang, kandang, makanan, anak baru lahir, ubat-ubatan, haiwan merbahaya dan lain-lain. 

Di Muhammad Farm, kami mempunyai masalah makanan. Pada awalnya, kambing diberi makan silage dan seminggu sekali diberi dedak. Tetapi, baru-baru ini, pembekal silage memberitahu bahawa silage jagung dari mereka kehabisan. Aduh~ Kandang kami tidaklah besar, ruang luar kandang pun sempit. Ini lebih merumitkan kerana kambing hanya bergantung kepada silage tersebut. Nak buat silage sendiri? Chopper sahaja sudah menjangkau RM5k. Semua tenaga kerja dan shareholder dalam kebingungan. Sekarang, kambing diberi dedak sahaja setiap hari.

InsyaAllah, saya akan usahakan pembuatan silage tersebut. Rakan-rakan, doakan saya dan seluruh warga Muhammad Farm...

Kambing di Muhammad Farm


Inilah kambing-kambing kami.

a) Rocky - Jamnapari

b) Jue - Kacukan Burma

c) Manja - Boer kacuk Katjang

d) J-Lo - Anglo Nubian

e) Lilly - Anglo Nubian

f) Rico - Anglo kacuk Saenen

g) Gina - Kacukan Burma

h) Angie - Anglo Nubian


Friday

Juling a.k.a Jue


Salam. Ini ada gambar kambing dari kami. Yang berbulu gelap ni nama dia Jue.Betina,kambing kacuk dari Burma. Jue ni agak takut dengan orang. Mungkin beliau ada sejarah silam dengan makhluk yang bernama manusia kot. Dia tengah bunting, tapi tak sarat lagi. Susu gantung beliau pun belum tegang. Yang tergantung tu garam jilat,untuk dijilat waktu boring. :)