Saturday
Salam Aidiladha Kepada Semua Umat Islam
Pada raya qurban tahun ini, kami belum lagi menyediakan kambing untuk tujuan qurban mahupun aqeqah. Kami berharap, pada tahun hadapan dapat-lah kami berkongsi kegembiraan menjalani ibadat qurban dan aqeqah bersama semua umat Islam.
Thursday
merry; anak kambing kami
Friday
anak sulung muhammad farm
Sunday
Masalah
Kambing di Muhammad Farm
Friday
Juling a.k.a Jue
Thursday
Pemberitahuan
Di harap, industri penternakan dan pertanian negara semakin meningkat dan berdaya maju.
MAHA 2008
Salam. Saya teringin nak p MAHA 2008. Oleh kerana tahun-tahun lepas dah melepas, tahun ni saya tak mau terlepas lagi. hekhek. Saya maybe akan ke sana 22hb ni. Mintak-mintak la banyak lagi show-show kambing kat sana. Teringin nak p jumpa old timer kambing kat Malaysia ni macam Abg Bob, Abg Mizi dan lain-lain. Kalau ada kesempatan boleh ‘gebang’ lama dengan mereka.
Kambing kat Muhammad Farm makin sihat dan berselera makan sekarang. Saya pun senang hati. Lepas raya nanti nak p Kulim, ada kawan boleh ajar nak buat baja kompos tahi kambing. Harap-harap dapat belajar lagi benda baru.
Friday
Makanan
Thursday
Bunting.Bersalin.Besarkan
Wednesday
Jaguh
Ini lah jaguh Muhammad Farm. Nama dia Rocky. Rocky ni jinak, senang nak dekat dengan dia. Umur baru 1tahun 6bulan. Jenis Jamnapari. Berat lebih kurang 55kg. Rocky ni Pn.Hamizah yang bagi nama. Dia sayang sangat kat si Rocky ni. Dia selalu pesan, “bagi Rocky makan lebih”. Tapi yang lain pun aku bagi makan lebih. Ada lagi seekor kambing jantan, tapi muda lagi. Tak boleh mengawan lagi. Nama dia Rambo. Umur dalam 6bulan. Berat 28kg. Kambing-kambing di Muhammad Farm diberi silaj jagung, dedak dan rumput. Alhamdulillah buat masa ini, semuanya sihat. Ada 3ekor kambing dah bunting. InsyaAllah tak lama lagi dapat lah kami sambut ahli baru dalam keluarga Muhammad Farm.
Friday
mulanya sebuah penternakan
Sebenarnya, perancangan awal kami nak menternak lembu daging. Memandangkan ruang tanah yang agak padat dan terhad, kambing dijadika altenetifnya. Pada mulanya, kami memang zero pasal kambing ni. Setelah banyak membaca, melawat kandang-kandang di sekitar negeri Kedah kami pun mula membuat kandang kambing pertama kami. Ia berada di atas tanah lot yang beralamat no.150 Lebuhraya Sultan Abd Halim, Alor Star Kedah.
Kandang kami siap pada bulan Mei 2008. Tetapi, kambing-kambing baru saja masuk ke kandang pada 9 Julai 2008. Pada awalnya hanya 3 ekor kambing (anglo, jamna cross). Pada 19 Julai, lagi 5 ekor kambing di bawa masuk. Kini baru 8 ekor didalam kandang.
Bos kami, Muhammad Illia’azar dan Hamizah isterinya amat berminat dengan kambing. Pengurus kandang Kalsom Ramly juga sangat gemar dengan kambing. Muhammad Faris adik kepada Bos juga turut serta dalam projek ini, beliau baru berusia 14 tahun. Semoga kambing-kambing kami sentiasa sihat. Amin.