Thursday

Bunting.Bersalin.Besarkan

Assalamualaikum. Kami sekarang masih menunggu kambing anglo kami yang sarat mengandung melahirkan anaknya. Tak sabar pulak rasa hati kami. Kami harap anak yang keluar nanti sihat dan cepat membesar. Kambing anglo ni nama dia J-Lo. Dia agak pemalu, susah nak dekat. Tambah pulak tengah sarat. Petang tadi kami sudah siap sedia menutup lubang-lubang kecik di bilik wad bersalin. Takut-takut anak jatuh ke bawah nanti. Maklumlah, anak sulung kami :D Tadi petang jugak, sempat kami melawat kandang rakan penternaik dekat-dekat sini sahaja. Dia ada bagi petua tentang kambing bersalin. Katanya kalau keluar waktu siang sebelum asar, anak betina. Pukul 8 malam dan ke atas kemungkinan besar anak jantan. Beliau sempat lagi menakutkan saya dengan berkata “jaga-jaga, kalau anak besar, mati ibu dengan anak sekali”. Risau jugak saya sebab kambing beliau benar-benar sudah mati, bangkai pun masih di atas kandang. Sedih saya tengok. Saya harap, kambing kami tak ada yang jadi macam kambing beliau. amin.

No comments: